Friday 13 November 2015

Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... 

Salam Jumaat, hari penuh barakah, penghulu segala hari... 
Hari Jumaat, hari mulia... 

Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat... 
Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya... Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat...” (Sahih Muslim: 854) 

Salah satu sunnah Nabi SAW pada hari Jumaat yg boleh kita ikut adalah membaca surah Al Kahfi... Kita boleh baca surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya...




 
Mari kita kenali surah Al Kahfi

Surah Al Kahfi adalah surah ke 18 yg terkandung di dalam Al Quran.

Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah    
Makkiyyah yakni surah yg diturunkan di Makkah.
Dinamakan Al-Kahfi (bermaksud gua) dan Ashhabul Kahfi yg membawa    
maksud Penghuni-Penghuni Gua. 

Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yg terdapat dalam surah ini pada ayat 9        hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yg tidur dalam gua bertahun-tahun   lamanya. 

Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam 
surah ini mengandungi pengajaran yg amat berguna bagi kehidupan
manusia.


 
Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat



 
H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”



(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”


(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”


(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”


(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.


Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”


Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”



Ayuh, kita luangkan sikit masa untuk amalkan surah Al Kahfi pada setiap hari Jumaat...
Kita mohon agar segala amal yg kita lakukan diterima & diredhai oleh Allah SWT hendaknya...
Hambakan diri hanya pada Allah SWT...
Bukan pada yg lain...

Wassalam... 




 

No comments:

Post a Comment